suria

Lima Pelatih Puspen Yang Lari Ditahan Semula

- Gambar hiasan
KULIM: Lima pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Kob, Karangan di sini yang melarikan diri dari pusat berkenaan Jumaat lalu, berjaya diberkas semula Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulim Superitendan Abdullah Arshad berkata semua pelatih itu yang masih memakai baju pusat tersebut ditahan semula oleh polis ketika sedang merayau-rayau di sekitar Ladang Bukit Selarong, Sungai Karangan yang terletak 15 kilometer dari Sungai Kob, kira-kira 10 pagi tadi.

"Kelima lima mereka yang berusia lingkungan 30-an kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Abdullah berkata kelima-lima pelatih berkenaan dikatakan melarikan diri setelah bertindak memotong pagar keselamatan di bahagian belakang pusat tersebut kira-kira 7.40 pagi, Jumaat lalu.


"Ketika itu, para pelatih sedang minum pagi dan pelatih berkenaan menggunakan kesempatan untuk meloloskan diri," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain