Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak Siti Huzaimah Ibrahim berkata angka itu meningkat berbanding 2,869 daripada 779 keluarga pagi Ahad.
Beliau berkata di bahagian Kuching ketika ini, lapan PP dibuka di daerah Kuching, dan lapan di daerah Bau, manakala di bahagian Serian lima dibuka di daerah Serian dan satu di daerah Padawan.
Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata tiga lagi PP di bahagian Samarahan terdiri daripada Masjid Darul Ibadah, Dewan Serbaguna Balai Bomba Siburan, dan Sekolah Kebangsaan Endap; ketiga-tiganya berada dalam daerah Kota Samarahan.
Jurucakap bomba berkata operasi mencari pemuda yang dikenali sebagai Judus (attn sub- diulangi, only Judus), 20, sedang ditingkatkan menerusi 'surface water searching' dengan bot sekitar 1km dari kawasan beliau dilaporkan hilang.