SENYUMAN dan tawa pelajar tingkatan satu yang kedua-dua kakinya putus akibat dilanggar lori di Sabak Bernam, Januari lalu melegakan hati ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Siti Nuraisyah Sahrin, 13, atau lebih senang disapa Ecah sudah menampakkan perkembangan positif dan kini menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. Seolah-olah peristiwa hitam yang menimpa dirinya baharu saja berlaku, Ecah mampu mengingati detik-detik itu dengan menceritakan kembali kejadian malang itu satu demi satu. Ikuti rakaman sesi temuramah mStar Online bersama Ecah dan bapanya Roslan Sardi serta ibu, Maimunah Md Razali yang ditemui di HTAR baru-baru ini.