suria

Lelaki Didakwa Dagang Tiga Wanita

KOTA TINGGI: Seorang lelaki berusia 20 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan memperdagangkan tiga wanita dengan niat untuk mengeksploitasi mereka.

Tan Kah Huan didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah di Jalan Damai 5, Kampung Sungai Kapal, Pengerang di sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 11 Februari lalu.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang dibaca di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Salawati Djambari pada Khamis.

Salawati mengarahkan kes itu didengar semula pada 3 April depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.

pemerdagangan wanita

Artikel Lain