SELEPAS merealisasikan impian memiliki trak Mack tercanggih dan termahal di dunia, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menerima sebuah pesawat peribadi dalam tempoh terdekat. Pemerhati industri penerbangan memberitahu, pesawat jenis Boeing 737/800 Business Jet itu dilaporkan akan berlepas dari Washington, Amerika Syarikat ke Johor dalam tempoh terdekat. Sultan Ibrahim adalah seorang yang meminati bidang penerbangan dan memiliki lesen penerbangan bertauliah. Baginda turut memiliki hobi mengumpul pelbagai jenis kenderaan sama ada dari dalam atau luar negara.