Shahrizat menegaskan bahawa Muhyiddin boleh memberi penjelasan tentang mengapa beliau menghadiri majlis-majlis yang menentang Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menambah bahawa beliau kecewa dan hampa dengan keputusannya untuk tidak menghadiri mesyuarat itu.
"Semalam sepatutnya menjadi tempat yang terbaik untuk Tan Sri (Muhyiddin) datang dan berkongsi pandangan beliau. Jadi keputusan (menggantungnya) telah dibuat," kata Shahrizat, Sabtu.
Majlis Tertinggi sebulat suara menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden sehingga pemilihan parti akan datang.
Beliau disifatkan tidak menjalankan kewajipan sebagaimana yang dikehendaki di bawah perlembagaan parti.