suria

Penggantungan Muhyiddin: MCA Tak Campur Tangan

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
JOHOR BAHRU: MCA tidak akan campur tangan dalam hal ehwal Umno walaupun parti itu dan Umno adalah parti komponen Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata MCA menghormati keputusan Majlis Tertinggi Umno yang menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden pada Jumaat.

"Kami tidak akan campur tangan dalam hal-hal parti mereka kerana ia adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertingginya," kata Dr Wee selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina Tebrau pada Sabtu.

Majlis Tertinggi pada Jumaat menggantung Muhyiddin daripada jawatan Timbalan Presiden parti sehingga pemilihan parti akan datang selepas kritikan berterusan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, 1Malaysia Development Berhad dan derma politik RM2.6 bilion.

Artikel Lain