Pegawai Perhubungan Awam MAS Adlina Azharuddin memberitahu The Star bahawa penerbangan menuju ke lapangan terbang Heathrow, yang berlepas pada pukul 11.30 malam Khamis telah berpatah balik dan tiba di KLIA pada pukul 1.56 pagi Jumaat.
"Pesawat menghadapi masalah sejurus selepas berlepas. Demi kepentingan keselamatan penumpang, kapten memutuskan untuk kembali ke KLIA.
"Penerbangan itu telah dijadual semula dan berlepas pada Jumaat menggunakan sebuah lagi pesawat. Keselamatan penumpang tidak terjejas dalam kejadian itu," katanya.
Sebelum itu, seorang penumpang MH2 memberitahu The Star bahawa kapten penerbangan telah mengenal pasti bahawa ada sesuatu yang tidak kena sejurus selepas pesawat berlepas dari KLIA.
"Dari belakang pesawat kami dapat menghidu sesuatu seperti getah dan bahan api terbakar. Kami juga mendengar penumpang di dek atas di kelas perniagaan dan kelas pertama menghidu bau minyak hidraulik yang kuat.
"Kapten kemudian memberitahu penumpang bahawa dia juga boleh menghidunya dari dalam kokpit dan kemudian mendapati berlakunya kegagalan dalam Engine One," kata penumpang itu.