suria

Amaran Merah: Puntung Rokok Mungkin Jadi Punca

PETALING JAYA: Beberapa kebakaran sejak kebelakangan ini seolah-olah mengiakan amaran peringkat merah di seluruh negara.

Lebih buruk, amaran berkenaan kini baru berada di peringkat permulaan.

Berdasarkan peta Sistem Kadar Bahaya Kebakaran, hampir semua bahagian di semenanjung berada pada peringkat merah, dengan pengecualian di beberapa tempat termasuk Kuching yang kini dilanda banjir.

Walaupun mungkin terdapat hujan sekali-sekala, jumlahnya tidak cukup untuk mengimbangi dengan musim kemarau.

Merah mewakili "extreme" - yang tertinggi dalam skala yang menunjukkan proses pencucuhan dan kemudahbakaran berlaku di kawasan padang rumput dan belukar.

Sebahagian besar di Sarawak dan Sabah juga ditandakan dengan warna merah dalam peta berkenaan.

Hanya beberapa bahagian di pantai timur semenanjung, selatan Sarawak dan utara Sabah terkecuali.

Seorang pegawai Jabatan Meteorologi berkata, peta Sistem Kadar Bahaya Kebakaran merekodkan parameter meteorologi termasuk kelajuan angin, suhu, kelembapan relatif dan hujan.

"Ia menerangkan adanya bahan api di dalam tanah," katanya, menggesa mereka yang tinggal di kawasan-kawasan "merah" berhati-hati dan mengelakkan pembakaran.

"Ia amat berbahaya walaupun hanya membuang puntung rokok yang masih menyala kerana ia boleh menyebabkan berlakunya kebarakan dan akhirnya merebak dengan sangat cepat," katanya.

Ditanya situasi pada ini mungkin disebabkan oleh fenomena El Nino, beliau berkata: "Negara berada di akhir musim North-East Monsoon yang biasanya membawa cuaca kering dan kurang hujan di Semenanjung, terutama bahagian utara.

"Pada akhir Mac, kita boleh menjangkakan cuaca yang lebih lembap."

Artikel Lain