suria

Muhyiddin Umum Keputusan Mengenai Kedudukan Dalam Umno Khamis Ini

SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat keputusan mengenai kedudukannya dalam Umno pada Khamis ini.

Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatannya oleh Majlis Tertinggi (MT) parti pada Jumaat lalu berkata, beliau akan mengadakan sidang media pada Khamis ini berhubung perkara berkaitan dengan penggantungannya dan isu-isu lain yang memerlukan penjelasan.

"Pada masa ini, saya kekal di dalam Umno dan berterima kasih kepada teman-teman saya yang hadir di sini bagi menunjukkan sokongan mereka hari ini," katanya kepada pemberita sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Muhyiddin pulang ke tanah air dari lawatannya ke Vietnam dan tidak dapat menghadirkan diri pada mesyuarat MT Umno pada Jumaat lalu.

Mesyuarat tersebut sebulat suara memutuskan untuk menggantung beliau sehingga pemilihan parti akan datang.

Bekas timbalan perdana menteri itu tiba di KLIA pada pukul 7 petang dan disambut oleh ahli-ahli Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dan Gabungan Selamatkan Malaysia (GSM).

Umno, Muhyiddin Yassin

Artikel Lain