Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata ketika tangkapan dibuat pada pukul 6.20 petang, suspek yang berumur 64 tahun itu berada dalam keadaan khayal.
"Hasil pemeriksaan lanjut polis telah menjumpai beg kain dan satu tin biskut yang berisi beberapa peket dadah iaitu 393.96 gram heroin dan 60.26 gram ganja," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Beliau berkata polis turut merampas beberapa barang milik suspek termasuk buku akaun bank yang mempunyai baki lebih RM90,000.
Wan Mohd Zahari berkata suspek kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.