suria

Terbukti Tuduhan Dr Mahathir Terhadap Anwar Betul - Ahmad Shabery

JOHOR BAHARU: Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, umpama mengakui apa jua tuduhan bekas perdana menteri itu terhadapnya pada 1998.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata dengan perkembangan terbaru ini, bekas ketua pembangkang itu seolah-olah mengakui segala dakwaan Tun Dr Mahathir ke atasnya sebelum ini.

"Saya rasa Anwar patut berterima kasih terhadap Dr Mahathir kerana memecat beliau pada 1998. Ia menunjukkan telah terbukti semua tuduhan Dr Mahathir terhadapnya (Anwar) atas apa jua kesalahan yang dilakukan (Anwar), adalah perkara betul.

"Dengan menyokong Dr Mahathir, beliau mengakui apa jua tuduhan yang dikatakan Dr Mahathir pada 1998," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang makanan ternakan Charoen Pokhpand (CP) di Tanjung Langsat, Pasir Gudang,di sini pada Jumaat.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas kenyataan Anwar hari ini menyokong pendirian parti politik dan individu termasuk Dr Mahathir untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar, 69, dilucut daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta s emua jawatan yang dipegang atas kapasiti dua jawatan itu, berkuat kuasa pada 2 September 1998.

Anwar, 69, dilucut daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta semua jawatan yang dipegang atas kapasiti dua jawatan itu, berkuat kuasa pada 2 Sept 1998.

Majlis Tertinggi Umno dengan sebulat suara turut memutuskan untuk memecat Anwar daripada parti sehari selepas itu setelah diberi peluang menjelaskan segala tuduhan berbangkit ke atasnya.

Pada ketika itu, Dr Mahathir adalah perdana menteri dan presiden Umno.

Anwar kemudian didakwa bagi 10 pertuduhan di mahkamah -- lima rasuah dan lima tuduhan liwat. 

Selepas melalui proses perbicaraan, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 bagi tuduhanrasuah kerana campur tangan dalam siasatan polis berhubung dakwaan salah laku seks terhadapnya.

Anwar juga dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat pemandunya berkuat kuasa selepas dia selesai menjalani penjara enam tahun kerana kesalahan rasuah.

Bagaimanapun pada 2 Sept 2004, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itudibebaskan selepas hampir enam tahun menjalani hukuman penjara apabila Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya terhadap sabitan bagi kesalahan liwat.

Ketika itu, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamad, Datin Paduka Rahmah Hussin dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud menerusi keputusan majoriti 2-1 mengetepikan sabitan dan hukuman penjara sembilan tahun yang dikenakan terhadap Anwar 2 Ogos 2000.

Anwar kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat pembantu peribadinya pada 2008. -Bernama

Artikel Lain