KUMPULAN Media Star Berhad buat julung kalinya menganjurkan Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016) bagi mengiktiraf penggiat dalam pelbagai industri yang aktif menerusi dunia digital. APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan stesen radio Suria FM dengan tajaan syarikat kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup. Faziani Rohban Ahmad Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di saluran TV2 pada 30 April depan. Ikuti temubual bersama Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad mengenai kolaborasinya sebagai penaja utama APO2016.