suria

Ibu, Bayi Tujuh Bulan Maut Kemalangan

Suami mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

KUALA LUMPUR: Seorang ibu bersama bayi lelakinya berusia tujuh bulan maut dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan kereta di Jalan Bukit Permai, Taman Bukit Permai, Ampang, di sini Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, Norzaimah Azizi, 29, seorang pegawai bank di Ampang dan bayinya, Eshan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata kemalangan itu berlaku apabila motosikal ditunggang suami mangsa Mohamad Azmeer Alfaiedz Abd Aziz, 32, dipercayai cuba mengelak sebuah kereta di hadapannya ketika menuruni bukit dari arah Jalan Bukit Permai.

"Ketika cuba mengelak, motosikal ditunggang Mohamad Azmeer terbabas menyebabkan isteri serta bayinya tercampak ke bawah lereng bukit.

"Mohamad Azmeer hanya cedera ringan manakala mayat isteri dan bayinya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Isnin.

Beliau berkata punca kejadian masih dalam siasatan. - BERNAMA

ibu, bayi, maut, kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain