suria

Operasi MH370 Dijangka Selesai Hujung Tahun Ini - Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata operasi mencari pesawat Malaysia Airlines, MH370 dijangka selesai hujung tahun ini.

Beliau berkata kerajaan tetap menaruh harapan bahawa MH370 akan ditemui dalam kawasan pencarian seluas 120,000 km persegi, jika tidak, maka Malaysia, Australia dan China akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan tindakan seterusnya.

"Kami tetap komited untuk melakukan segala yang termampu dalam menyelesaikan misteri yang menyeksakan orang yang tersayang kepada mangsa yang masih hilang. Dalam hari-hari yang sukar ini, ingatan dan doa kami bersama keluarga yang kehilangan mereka.

"Hari, ini kita memperingati tahun kedua kehilangan penerbangan MH370.  Kita meratapi kehilangan 239 orang, termasuk 50 warga Malaysia yang berada di dalam pesawat itu," kata Najib dalam satu kenyataan, Selasa.

Penemuan serpihan pesawat di Pulau Reunion Julai lepas membuktikan lagi, seperti yang diumumkan pada 24 Mac 2014 baha penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

Najib berkata:"Bagaimanapun, kita tidak mengetahui sama ada perjalanan masa juga bukti ini mampu mengurangkan kesedihan mereka."

Kehilangan MH370 adalah di luar kebiasaan dan pencariannya adalah yang paling mencabar dalam sejarah penerbangan di tengah-tengah rupa bumi yang tidak mesra insan, dengan kedalaman sehingga enam kilometer, menyeberangi banjaran gunung di bawah laut dan arus lautan yang terlaju - pasukan mencari telah bertungkus lumus mencari MH370, kata beliau.  

"Kami amat berterima kasih dengan usaha mereka," katanya.

Najib Tun Razak, MH370

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain