suria

Usul Tidak Percaya Belum Berakhir

Azan Ismail

KUALA TERENGGANU: Seorang wakil rakyat pembangkang memberi amaran bahawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar belum berakhir walaupun ia telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Selasa.

Persidangan DUN pada Rabu berjalan lancar tanpa kehadiran Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang memulakan langkah menentang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Tiada mana-mana wakil rakyat daripada pihak pembangkang membangkitkan mengenai usul undi tidak percaya.

Walau bgaimanapun wakil tunggal PKR iaitu Adun Bandar, Azan Ismail berkata mereka mungkin tidak membangkitkan mengenai isu berkenaan buat masa ini namun menjelaskan pihaknya lebih mengambil berat mengenai bagaimana cara perkara itu dikendalikan.

Pada Selasa, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul yang dikemukakan Ahmad dengan alasan tidak memenuhi syarat untuk mengemukakan notis selama 14 hari.

Azan berkata ia isu tersebut belum berakhir tetapi 'permainannya' baharu sahaja bermula.

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia