suria

Fenomena Furby & Sugar Hangatkan #APO2016


PETALING JAYA: Perkembangan media sosial membantu melonjakkan jenamanya hingga menjadi antara pengeluar pakaian lelaki paling berpengaruh di kalangan penggemar fesyen tempatan.

Pemilik dan pereka jenama Furby and Sugar (F&S), Januar Haikal mengakui rekaan t-shirt berkonsepkan minimalis yang mula dijual melalui Instagram pada 2014 berjaya menjadi fenomena dan mencuri tumpuan golongan lelaki yang semakin berani untuk bergaya.

"Sebelum butik F&S dibuka, saya memperkenalkan dan menjual jenama ini melalui Instagram dengan menampilkan model popular sebagai wajah jenama saya," katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Pilihan Online 2016 baru-baru ini.

Januar, 28, tercalon dalam pencalonan awal bagi kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online menerusi APO2016.

Bagaimanapun Januar Haikal masih memerlukan sokongan anda untuk membolehkan beliau menempa tiket ke final APO2016 jika menduduki lima teratas bagi kategori berkenaan.

Hanya pencalonan terbanyak akan berpeluang ke peringkat seterusnya iaitu pengundian lima calon teratas APO2016. Jika Januar pilihan anda, jangan tunggu lama-lama, hantarkan pencalonan untuk kategori Ikon Niaga Muda Pilihan Online bagi anugerah yang julung kali diadakan ini.

Orang ramai yang ingin membuat pencalonan boleh melayari laman web khas iaitu  http://apo.mstar.com.my

APO2016 dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM dan dihebatkan oleh Dnars sebagai penaja rasmi.

Ia akan disiarkan secara langsung pada 30 April depan menerusi TV2 pada pukul 9 malam bertemakan Glam Digital.

Artikel Sebelum

Artikel Lain