Majistret Haslinda A. Raof menetapkan tarikh itu selepas pertuduhan ke atas tertuduh N.Sanderasegaran, 28, dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Sanderasegaran dituduh membunuh S. Durga Devi, 17, antara pukul 11 malam (27 Feb) hingga 6 pagi (28 Feb) di rumah beralamat No. 4, Kampung Batu Besi, Ladang Sengat, Simpang Pulai, di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.