Tertuduh, Yu Beng Chuah, 49, dari Simpang Ampat, didakwa mengedar 278,342 kg kokain pada 24 Februari pada pukul 4.49 petang, di bilik stor logistik Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Jalan Perusahaan Prai di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) dengan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Majistret Dianne Ningrad Nor Azhar menetapkan 18 Mei ini untuk sebutan kes sementara menunggu laporan kimia.