PETALING JAYA: Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks. Cuaca panas semasa boleh menyebabkan panas terik jika suhu melebihi 35°C selama lima hari berturut-turut, atau 37°C selama tiga hari berturut-turut, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Wilfred Madius Tangau. Dalam satu kenyataan, beliau berkata, setakat ini, suhu tertinggi dicatatkan di Alor Setar dan Chuping (Perlis) pada Khamis, di mana ia memuncak pada 38.5°C. Beliau berkata, jika tidak berlaku penurunan hujan, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mungkin akan merekodkan suhu yang lebih tinggi. "Bagi Lembah Klang, malam akan menjadi lebih panas daripada biasa," katanya. Rakyat Malaysia, terutamanya warga emas dan kanak-kanak, perlu mengambil langkah berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti luar. "Minum lebih banyak air untuk mengelakkan dehidrasi," katanya. Tangau berkata cuaca panas dan kering diramal berkurangan pada akhir bulan berikutan musim peralihan monsun di mana terdapat lebih banyak hujan dan ribut petir pada sebelah petang.