suria

Wanita Tanzania Maut Kereta Terjunam Dalam Sungai

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Tanzania maut manakala rakan lelakinya cedera selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai berhampiran kawasan medan selera Ampang Water Front, Ampang dekat sini, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian 1.30 pagi itu, mangsa Apolonia Mbogo David Mwangosi, 46, maut di tempat kejadian manakala pemandu kereta itu, Linus Okafor, 35, warga Nigeria, hanya cedera ringan.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya DSP Hambazi Abdul Rahman berkata kereta dipandu Linus merempuh penghadang besi di tempat letak kereta Ampang Water Front sebelum terjunam ke dalam sungai.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Ampang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ampang Pegawai Bomba Kanan M. Pusparajan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi dan mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari tempat kejadian kira-kira 3 pagi.

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan