suria

Warga Emas Cedera Parah Disamun Ketika Solat Jumaat

- Gambar hiasan
KOTA TINGGI: Seorang wanita warga emas cedera parah akibat disamun di kediamannya di Felda Bukit Ramun, dekat Kulai, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata ketika kejadian Rapiah Husin, 75, berada seorang diri di rumah sementara suaminya menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran.


"Mangsa masih belum sedarkan diri dan menerima rawatan di wad kecemasan di Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai," katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Beliau berkata siasatan kes itu masih dijalankan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan menyebabkan kecederaan, kata Rahmat.

kes samun, warga emas, Rahmat Othman

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan