Daripada jumlah itu, hanya 521 pegawai telah dihadapkan ke mahkamah manakala 2,312 lagi digugurkan siasatan. 844 masih disiasat kerana terlibat dalam jenayah, katanya ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Gobind Singh Deo (DAP - Puchong).
Bagaimanapun katanya, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah bertindak proaktif dalam mengenal pasti anggota yang bermasalah.
"Mereka menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas barisan hadapan dalam pasukan ini dan menyamar sama ada secara fizikal atau melalui telefon untuk memastikan bahawa pegawai-pegawai mematuhi undang-undang dan arahan," katanya.
Sambil mengakui bahawa rasuah juga merupakan satu masalah, Ahmad Zahid berkata, kementerian telah menjalankan kempen anti-rasuah dalam dengan menawarkan sijil kepada pegawai yang menolak rasuah, manakala poster anti-rasuah di balai polis diletakkan sebagai peringatan harian supaya orang ramai supaya tidak merasuah polis.