suria

Budak Empat Tahun Maut Selepas Jatuh Dari Tingkat 14

- Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut setelah terjatuh dari rumahnya yang terletak di tingkat 14 sebuah blok perumahan penjawat awam di Presint 5 di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan berkata mangsa Muhammad Hafiey Qayyum Mohd Syazwan ditemui terbaring dalam keadaan sedar diri ketika ditemui di laluan siar kaki oleh seorang pekerja pembersihan kira-kira 7.50 pagi.

Beliau berkata mangsa kemudian dihantar ke Hospital Putrajaya dan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman pada pukul 10.10 pagi.


"Mangsa dipercayai ditinggalkan oleh bapanya seorang diri di rumah ketika sedang tidur kira-kira 7 pagi untuk menghantar ibu mangsa ke pejabat di Istana Kehakiman.

"Bapa mangsa yang tiba di rumah kira-kira 8 pagi dimaklumkan jiran bahawa anaknya telah dibawa ke hospital kerana terjatuh dari tingkat 14," katanya.

ACP Rosly Hassan, kes jatuh

Artikel Lain