Nur Fatihah Hajim terselamat dalam kejadian itu tetapi melecur di bahagian pipi dan kakinya.
Kanak-kanak itu berada dalam keadaan stabil di Hospital Daerah Tuaran, menurut bomba.
Ketika kejadian sekitar jam 10.45 pagi Jumaat, lelaki berkenaan sedang menjaga tiga anaknya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran Mohd Asnan Led.
Mohd Asnan berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan.