Dua pegawai tentera Filipina berkata kumpulan militan itu telah menuntut sejumlah wang tebusan yang tidak didedahkan daripada pemilik bot.
Pegawai-pegawai itu enggan dikenali kerana mereka tidak dibenarkan bercakap kepada media.
Anak-anak kapal itu sedang mengendalikan kapal tunda Taiwan milik persendirian yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Manila apabila ia dirampas dekat sempadan Malaysia.
Pegawai Indonesia berkata mereka sedang menyiasat kejadian itu, tanpa mengulas lanjut.
Abu Sayyaf terkenal dengan penculikan, memenggal kepala, pengeboman dan peras ugut.