KUALA LUMPUR: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun dekat Dataran Merdeka bagi membantah pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Terdahulu, mereka bergerak secara berkumpulan dari Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Pudu berarak membawa sepanduk ke Dataran Merdeka.
Sebahagian besar penunjuk perasaan terdiri daripada anggota Parti Amanah Negara (Amanah) dan kumpulan Otai Reformasi.
Pihak berkuasa kemudiannya mengadakan sekatan di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Perak dekat Dataran Merdeka pada kira-kira pukul 3 petang.