suria

Adenan Sahkan 10 Kerusi Untuk Calon SUPP

Adenan Satem.

KUCHING: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem mengumumkan 10 calon dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) untuk pilihan raya negeri akan datang, termasuk presidennya, Senator Datuk Dr Sim Kui Hian yang akan bertanding di Batu Kawah.

Bagaimanapun, senarai tersebut tidak termasuk calon-calon bagi kerusi yang menjadi perebutan antara SUPP dan parti serpihannya, Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Pada pilihan raya yang lalu, SUPP terus bertahan apabila ia bertanding sebanyak 19 kerusi.

Sepuluh calon berkenaan ialah Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending), Sih Hua Tong (Batu Lintang) dan Wilfred Yap (Kota Sentosa). 

Turut dinamakan sebagai calon ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Dr Sim (Batu Kawah), Menteri Muda Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang), Chieng Buong Toon (Bukit Assek), Datuk Sebastian Ting (Piasau) dan Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin (Senadin).

Dalam sidang media itu, Adenan turut tidak membuat sebarang pengumuman berhubung kerusi yang menjadi perebutan antara Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan parti serpihan, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).



Adenan Satem, SUPP

Artikel Lain