JENAMA barang kemas mewah, Rafflesia, The Pearl Centre cukup sinonim sebagai pelengkap penghias diri. Dari golongan kenamaan sehingga ke selebriti, koleksinya yang memukau tidak pernah mengecewakan. Dikenali ramai sebagai Rafflesia, ia adalah salah satu penaja bagi penganjuran Anugerah Pilihan Online 2016 anjuran mStar Online dan Suria FM. Ikuti temubual mStar Online mengenai Rafflesia yang sentiasa menghimpunkan koleksi mutiara yang mempesonakan.