suria

'Fion Lee' Terus Jadi Perhatian

Dari kiri: Tong, Cheok, Chong dan Liew melawat Fion di rumah kebajikan tersebut.

BUKIT MERTAJAM: Bayi perempuan yang ditinggalkan ibunya di sebuah rumah kebajikan anak yatim di Bukit Tengah di sini diberi nama Fion Lee.

Dia terus menerima kunjungan pelawat termasuk empat rakan yang datang dari Johor semata-mata untuk bertemu dengannya.

Empat wanita itu - Pengurus Jualan Helen Tong dan suri rumah, Vivian Cheok, Nimeesha Chong dan Sophia Liew masing-masing berusia 32 tahun datang ke Pertubuhan Penyayang Chi Yun di Bukit Mertajam, Pulai Pinang untuk melawat bayi tersebut sebaik tiba di Lapang Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada Khamis.

"Saya benar-benar tertarik selepas melihat gambar bayi tersebut di Facebook. Saya segera mencadangkan lawatan ke sini bersama rakan-rakan saya. Dan mereka semua bersetuju.

"Kami merancang untuk tinggal di Pulau Pinang selama tiga hari untuk melawat destinasi menarik dan melawat ke rumah anak yatim ini sebelum berlepas pulang," kata Tong.

Empat wanita tersebut yang berasal dari Kulai turut membeli susu tepung, makanan dalam tin dan air minuman, beras serta gula.

Sementara itu, pasangan yang hanya mahu dikenali sebagai Choy dan isterinya dari Air Itam membawa beberapa bekalan susu ibu pada Khamis mewakili seorang rakan mereka yang tidak dapat datang kerana masih dalam tempoh berpantang.

Pengerusi pertubuhan itu, Datuk Michelle Khaw, 39, berkata dia dan suaminya Lee Kaw Jhiut, 27, memutuskan untuk menamakan bayi itu sebagai Fion Lee dan mereka akan mengadakan majlis khas sempena pemberian nama itu dalam masa terdekat.

Khaw berkata nama itu hanya terlintas di fikirannya dan suami beliau turut bersetuju dengan nama tersebut.

Bayi perempuan itu dilahirkan pada 17 Mac tetapi diserahkan kepada pertubuhan tersebut pada 23 Mac lalu.

Ibunya yang berusia 23 tahun memberitahu pertubuhan itu bahawa dia tidak mampu untuk menjaga bayi tersebut selepas ditinggalkan teman lelakinya ketika kandungan berusia lima bulan.

Berita mengenai bayi perempuan itu menjadi viral di Internet selepas beberapa pelawat yang berkunjung ke rumah kebajian tersebut mengetahui mengenai kes berkenaan dan menyebarkannya secara dalam talian.

Lebih 100 pelawat menziarahi bayi perempuan itu dengan ada diantara mereka menghulurkan bantuan seperti susu tepung dan juga susu ibu.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rafflesia Serikan APO2016

Artikel Lain