suria

Kementerian Pengangkutan Jumpa MAC Berhubung Hak Penumpang Rayani Air

Liow Tiong Lai.

JOHOR BARU: Kementerian Pengangkutan akan bertemu dengan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAC) bagi membincangkan mengenai hak penumpang berikutan penggantungan operasi syarikat penerbangan patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kesemua perkara berkaitan hak penumpang termasuk pampasan, kesulitan dan perkara berkaitan yang mereka hadapi berikutan penggantungan tersebut akan dirujuk kepada MAC.

"Kami memberi mereka (Rayani Air) amaran untuk meningkatkan operasi berikutan aduan oleh pelanggan dan keputusan syarikat penerbangan itu menggantung operasi mereka menunjukkan kami serius," kata Liow.

Rayani Air pada Sabtu mengumumkan menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.

Pemilik syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran  memberitahu mStar Online pada pagi Sabtu, penggantungan itu sehingga tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.

Artikel Sebelum

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan