suria

Zahid Ziarah Haron Din Di IJN

Ahmad Zahid dan isteri meluangkan masa melawat Haron Din di IJN, Sabtu. Foto ihsan pejabat TPM.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Meneri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa menziarahi Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN), Sabtu.

Turut bersama Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri adalah isterinya, Datin Seri Hamidah Khamis.

Menerusi tweetnya, Ahmad Zahid mencatatkan:" Saya dan isteri  menziarahi Tuan Guru Dato Haron Din. Sama-samalah kita berdoa semoga beliau segera sembuh. Amin."

Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke IJN minggu lalu selepas mengadu sakit dada. Beliau sudah beberapa kali menerima rawatan bagi komplikasi jantung di institut itu.

Haron adalah antara ketua kluster dakwah yang dilantik dalam Majlis Perundingan Islam (MPI).

Diantara tugasannya ialah membawa cadangan kepada MPI untuk dibincangkan dan disepakati bersama dan bertindak menyelaras perbincangan dimasa akan datang. 



Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan