suria

Remaja Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Buang Abu Mayat

JOHOR BARU: Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas setelah tenggelam ke dalam laut ketika membuang abu mayat anggota keluarga di Pantai Lido di sini pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata mangsa Satish Sreetheraan, 18, dilaporkan membuang abu itu bersama tiga saudaranya, sebelum tenggelam dan dibawa arus kira-kira pukul 11.40 pagi. 

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang berasal dari Yong Peng, Batu Pahat sedang giat dijalankan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Johor Baharu dan polis. 

Unit skuba marin menyertai operasi. 

Mangsa difahamkan tidak bekerja dan belum berkahwin. -- Bernama 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain