suria

Liow: Caj Penerbangan Naik Berperingkat

PUTRAJAYA: Caj penerbangan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan dinaikkan secara berperingkat bagi mengurangkan tamparan terhadap industri berkenaan, kata Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu.

Menteri Pengangkutan berkata, keputusan itu dibuat selepas sesi pertemuan dengan pengusaha syarikat penerbangan pada Selasa lalu yang memaklumkan bahawa cadangan kenaikan sebelum ini adalah "terlalu tiba-tiba".

Menurut Liow lagi pelaksanaan kenaikan secara berperingkat itu juga bermakna tambang penerbangan dijangka tidak melonjak terlalu tinggi seperti spekulasi sebelum ini.

"Kenaikan dalam yuran tidak dapat dielakkan, tetapi ia akan menjadi situasi menang-menang bagi semua pihak.

"Selepas bertemu dengan pemain industri, saya fikir mereka memahami bahawa hasrat kami adalah baik dan mulia," katanya.

Caj Penerbangan, DCA, Liow Tiong Lai

Artikel Lain