Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Malaysia mengutuk serangan itu dan merakamkan simpati dan takziah yang mendalam kepada kerajaan Thailand dan keluarga mangsa.
Ketua Polis Bahagian ke-9 Songkla, Lt Jen Wirapon Chunpakdee dilaporkan berkata bom seberat 20 kilogram yang dipasang pada sebuah motosikal meletup bersebelahan kenderaan polis pada 5.30 petang, Isnin.
Seorang anggota polis dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, dikenali sebagai Ahmad Yasin Madsan, terbunuh dalam insiden itu sementara jumlah mangsa yang cedera meningkat kepada 15 orang, daripada lapan dilaporkan Isnin.