PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat pendarahaan di kepala. Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Asri Mat Daud berkata, berikutan itu, Ahmad yang kini berada dalam pemantauan doktor pakar HUSM dijangka menjalani pembedahan kecil pada Khamis. "Beliau kini sedar sepenuhnya dan berada dalam keadaan stabil. "Pihak Pejabat Menteri Besar Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dengan kesihatan Ustaz Datuk Menteri Besar. "Sama-samalah berdoa agar beliau pulih seperti sediakala dan dapat berkhidmat seperti biasa," katanya.