SIBU: Sekatan terhadap empat individu termasuk pemimpin Umno yang dikaitkan dengan protes 'baju merah' di Kuala Lumpur daripada memasuki Sarawak pada Khamis membuktikan kerajaan negeri tidak berat sebelah mengenai perkara itu, kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. "Ini adalah jawapan kepada dakwaan Chong bahawa kita hanya menyekat (pemimpin) dari pihak pembangkang," kata Adenan pada sidang media di sini, Khamis. Sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengkritik Adenan kerana hanya menafikan kemasukan pemimpin pembangkang ke negeri ini. Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar dan pemimpin perhimpunan 'baju merah', Datuk Jamal Md Yunos menjadi individu terbaharu yang dihalang daripada memasuki Sarawak.