suria

Wanita, Bayi Dibunuh Di rumah

RAWANG: Seorang wanita dan bayinya yang berusia tujuh bulan ditemui mati dibunuh di rumah mereka di Taman Rawang Putra, di sini.

Kejadian itu disedari pada kira-kira pukul 10.30 pagi Khamis.

Mayat wanita berusia 33 tahun dan bayi itu ditemui dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah teres dua tingkat di Jalan Rp10/9.

Pada ketika itu suami mangsa, seorang pemandu lori sudah keluar bekerja.

Sumber berkata, terdapat kesan bengkak dan pendarahan dari mulut pada kedua-dua mayat mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata  kes itu disiasat sebagai kes bunuh.

"Mayat wanita ditemui di atas lantai di dalam bilik sementara bayi ditemui mati di atas katil di dalam bilik yang sama.

"Masa yang tepat kejadian pembunuhan dan motifnya masih belum ditentukan," katanya sambil menambah bahawa mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain