suria

El Nino: Pengeluaran Sayur-Sayuran Dijangka Merosot

KUALA LUMPUR: Pengeluaran sayur-sayuran dalam negara dijangka menurun antara 15 dan 20 peratus sekiranya cuaca panas akibat El Nino berterusan sehingga Mei.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Pertanian, Kementerian Pertaniandan Industri Asas Tani Zanil Abdin Yusof berkata bagaimanapun setakat ini pengeluaran sayuran negara masih dapat dikekalkan dengan menggunakan sumber air seperti dari lombong, sungai, kolam dan telaga tiub.

"El Nino akan memberi kesan lebih awal kepada pengeluaran sayur-sayurankerana keperluan air untuk tanaman adalah tinggi, kecuali kawasan itu mempunyai bekalan sumber air yang berterusan. 

"Namun, sekiranya cuaca panas berpanjangan sehingga Mei ini, sumber air akan berkurangan dan berkemungkinan hasil pengeluarannya menurun antara 15 dan 20peratus," katanya ketika dihubungi Bernama di sini. 

Beliau berkata selain tanaman sayur-sayuran, turut dijangka menerima kesan ialah tanaman buah-buahan tidak bermusim seperti betik, pisang, nanas, jambu batu, belimbing dan nangka.

Bagi tanaman buah-buahan bermusim seperti durian, mangga, rambutan dan duku akan terkesan sekiranya tempoh berlakunya musim kering berpanjangan, katanya.

Justeru, beliau mencadangkan para pengusaha sayur-sayuran dan buah-buahanagar meningkatkan kapasiti kolam-kolam takungan di dalam kebun selain menambah penggunaan bahan organik terutamanya semasa penyediaan tanah. 

Cuaca panas dan kering sekarang dijangka berlanjutan hingga Jun.-Bernama

Cuaca panas, El Nino

Artikel Lain