JOHOR BAHRU: Isu derma politik RM2.6 bilion harus dihentikan apabila Menteri Luar Arab Saudi telah mengesahkan derma itu dan tidak mengharapkan apa-apa balasan, kata Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Abdul Samad. Shahrir berkata pengesahan oleh Adel Al-Jubeir pada Khamis membuktikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlibat dalam sebarang salah laku. "Tetapi terpulanglah kepada anda (pengkritik anti-Najib) dan rakyat Malaysia di luar sana sama ada mahu percaya atau tidak," katanya kepada pemberita, Ahad. Al-Jubeir berkata sumbangan itu yang dimasukkan ke dalam akaun Najib datang daripada kerajaan Arab Saudi dan tiada apa yang dijangka sebagai balasan. Shahrir berkata menerima wang dari Arab Saudi adalah yang paling selamat kerana negara yang kaya dengan minyak itu tidak mengharapkan sesuatu sebagai balasan dari negara penerima. "Derma politik bukanlah sesuatu yang baru di bahagian-bahagian lain di dunia kerana parti-parti politik lain sama ada di Malaysia termasuk Umno atau di luar negara mempunyai beberapa cara untuk menerima sumbangan," kata Shahrir.