suria

Senator Abd Halim Dilantik Timbalan YDP Dewan Negara

Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad mengangkat sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada Isnin.

KUALA LUMPUR: Senator Datuk Seri Abd Halim Abd Samad pada Isnin dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara bagi penggal Parlimen ke-13.

Beliau mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, di sini.

Abd Halim, 76, yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa pada 2004 hingga 2013 dilantik sebagai senator pada 3 Nov 2014.

Anak kelahiran Kuantan, Pahang, itu mendapat pendidikan di Maktab Perguruan Kota Baharu, Kelantan sebelum berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan selama 20 tahun di Kementerian Pendidikan sejak 1961.

Beliau juga pernah memegang pelbagai jawatan dari tahun 1986 hingga 1995 antaranya sebagai Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Menteri Pendidikan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Belia dan Sukan dan Setiausaha Peribadi kepada Menteri Pertahanan dan Menteri Pelajaran.

Abd Halim dilantik bagi menggantikan Senator Doris Sophia Brodi yang merupakan wanita Sarawak pertama dari suku etnik Dayak dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara pada 26 Feb 2012.

Tempoh perkhidmatan Doris Sophia sebagai senator selama dua penggal tamat pada 15 Mac lepas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain