KOTA BARU: Beberapa orang pelajar sekolah di Kelantan yang diserang histeria mendakwa mereka melihat bayangan hantu sebelum pengsan. Kumpulan pelajar itu mendakwa mereka melihat bayangan gelap menyerupai perempuan hodoh seperti pontianak. Fatin Nor Atikah, 17, dari SMK Pengkalan Chepa 1 berkata, dia dirasuk sebanyak dua kali dalam tandas sekolah ketika belajar di tingkatan tiga dan empat. Dalam kedua-dua insiden itu, dia melihat bayangan hitam yang sukar digambarkan dengan lebih tepat. "Hantu itu begitu hodoh, saya terkena sawan dan kemudiaannya berasa lumpuh sebelum pengsan dan dipengaruhi kuasa ghaib. "Bagi kedua-dua kes, saya pengsan selama beberapa jam. Saya kemudiannya dikejutkan oleh seorang ustaz di sekolah. "Pengalaman itu menakutkan dan setiap kali saya pergi ke tandas, saya membawa rakan bersama-sama. Jika tidak, saya mengelak untuk pergi ke tandas," katanya. Fatin adalah salah seorang daripada ramai pelajar diserang yang histeria - melanda beberapa buah sekolah di negeri ini sejak minggu lalu. Kejadian terburuk berlaku di SMK Pengkalan Chepa 2 pada 11 April lalu apabila lebih 100 pelajar dan guru diserang histeria. Akibatnya sekolah itu menghentikan proses pembelajaran tiga hari kemudian. Selepas itu lapan lagi pelajar di sekolah berkenaan telah diserang histeria selepas solat pada Ahad. Sejak itu tiga lagi sekolah terjejas - SMK Pengkalan Chepa 1 (lima murid perempuan), SMK Kemumin (20 pelajar) dan SMK Kubang Kerman 3 (lapan pelajar). Sehingga kini, lebih daripada lapan ustaz, bomoh dan pakar perubatan Islam telah datang untuk membantu. Mereka mendakwa akan mengusir roh-roh yang dikatakan berada dalam kawasan sekolah. Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa 2, Raja Nor Atirah Hurmaishah berkata dia dirasuk selepas melihat pontianak di dalam tandas sekolah pada Rabu lalu. "Saya tidak percaya apa yang saya lihat, tapi kedua-dua tangan saya mula berasa kebas dan kemudian fikiran saya menjadi kosong. "Saya cuba untuk memanggil meminta tolong tetapi tidak dapat membuka mulut, selepas itu semuanya nampak gelap," katanya.