Beliau juga yakin kesemua calon itu bersedia memikul tanggungjawab dan aspirasi rakyat sekiranya dipilih.
Dalam catatan di laman Facebook, Najib berkata beliau difahamkan bahawa segala perselisihan faham dan kekecewaan berhubung senarai calon telah diselesaikan dan dijelaskan dengan baik oleh kepimpinan negeri kepada komponen BN serta individu-individu dalam parti.
"Kerjasama dan kesepakatan amat penting dalam menghadapi pilihan raya dan saya berharap setiap ahli Barisan Nasional di Sarawak akan memberi komitmen, sumbangan masa dan tenaga serta kerjasama tertinggi kepada pucuk pimpinan dan jentera parti sewaktu kempen nanti.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada Isnin memuktamadkan nama calon bagi semua 82 kerusi bagi menghadapi pilihan raya negeri ke-11 pada 7 Mei ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya turut menetapkan 25 April sebagai hari penamaan calon.