suria

20 Tiket Penerbangan Untuk Pemenang Kempen Promosi Istimewa KB1M

KUALA LUMPUR: Sebanyak 20 tiket penerbangan menanti pemenang kempen promosi istimewa Kedai Buku 1Malaysia (KB1M) yang berlangsung dari 15 Mac hingga 30 Jun tahun ini.

Kempen itu yang dianjurkan bersama MyCentrio Holidays Sdn Bhd, adalah yang  pertama seumpamanya dalam industri buku di Malaysia, bermatlamat untuk menggalakkan budaya membaca dalam masyarakat negara ini.

Pengarah Urusetia Tetap Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Abd Wahab Ibrahim melancarkan kempen yang turut menawarkan hadiah mingguan RM100 itu di sebuah hotel di sini, Khamis.

Sepuluh pemenang berpeluang memenangi dua tiket penerbangan ke mana-mana 10 destinasi -- Auckland, New Zealand; Bali, Indonesia; Bangkok, Thailand; Beijing, China; Mali, Maldives; New Delhi, India; Seoul, South Korea; Siam Reap, Cambodia; Sydney, Australia dan Tokyo, Jepun. 

Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia kecuali pekerja KB1M. 

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini perlu berbelanja minimum RM50 di mana-mana lima lokasi KB1M atau dalam talian sesawang www.kb1monline.com.my.

Mereka juga perlu melawat laman rasmi Facebook KB1M, dan klik "Like" pada laman itu dan menjawab beberapa soalan ringkas.

KB1M adalah rangkaian lima kedai buku di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Perak; Kedah; Wangsa Maju, Kuala Lumpur; Kuantan, Pahang dan Gong Badak, Terengganu. 

Idea kedai buku itu dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawarkan buku berkualiti pada harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia. -- Bernama 


KB1M, Abd Wahab Ibrahim

Artikel Lain