suria

PRN Sarawak: DAP, PKR Masih Konflik Isu Pembahagian Kerusi

Chieng Jen menunjukkan senarai pembahagian kerusi yang didakwa dipersetujui Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.

KUCHING: Kurang 24 jam menjelang hari penamaan calon bagi pilihan raya negeri Sarawak, DAP dan PKR bagaimanapun masih lagi bertelagah mengenai pembahagian kerusi, yang boleh mengakibatkan pertandingan tiga penjuru membabitkan sehingga lima kawasan.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, PKR harus berpegang dengan kata-kata mereka dan tidak akan membenarkan sebarang pertindihan kerusi.

Jika tidak, Chieng Jen berkata, DAP akan mengambil balik kerusi Batu Kitang, yang dipersetujui untuk diberikan kepada PKR.

"Saya telah didesak oleh ahli-ahli DAP dan juga rakyat mengenai Batu Kitang.

"Mereka kata jika PKR tidak pegang kata-kata mereka, mengapa kita perlu ikut?" katanya pada sidang media di sini, Ahad.

Chieng Jen yang merupakan penyandang kerusi Kota Sentoasa mendedahkan satu perjanjian yang ditandatangani parti bersama PKR, sebagai bukti bahawa kata sepakat telah dicapai antara kedua-dua pihak.

Perjanjian tulisan tangan itu didakwa ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali.


Chong Chieng Jen, DAP, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain