suria

PLKN 2.0 Mampu Lahir Modal Insan Terbaik

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bergambar kenangan bersama pelatih-pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selepas majlis Pelancaran PKLN 2.0 di Esplanade Suria KLCC, Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 yang dijalankan secara sederhana kali ini, mampu memberi impak maksimum terhadap pembangunan modal insan pelatihnya. 

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, walaupun keadaan ekonomi tidak menentu dan hanya 20,000 tempat sahaja disediakan untuk pelatih baharu, pengisian modul dua fasa itu dilihat relevan dan kompeten.

"Kita yakin kandungan PLKN 2.0 yang menjalani transformasi berbanding siri sebelumnya lebih menepati kehendak dan jiwa generasi muda pada masa kini.

"Antara transformasi ketara yang dilaksanakan ialah mewujudkan lapan modul baharu dalam fasa satu termasuk Malaysiaku, Kerohanian, 'MyFuture', 'I-Upgrade', dan 'Service Learning'.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Transformasi PLKN 2.0 di Esplanade, KLCC, di sini Ahad, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Hishammuddin berkata, PLKN 2.0 juga menyaksikan pengenalan modul fasa 2 yang lebih memberi penekanan kepada kemahiran teknikal dengan jangka masa latihan selama tiga hingga 36 bulan.

Seramai 320 pelatih PLKN 2.0 dipilih mengikuti latihan dalam Kumpulan 1, Siri 13 yang dijalankan selama dua bulan sejak 26 Mac lepas sehingga 25 Mei ini. - Bernama

PLKN

Artikel Sebelum

Artikel Lain