suria

'Ooo-Haa' Dan 'You-You' Sinonim Dengan Adenan

KUCHING: Gaya bersahaja Tan Sri Adenan Satem disenangi ramai sehingga ungkapan 'Ooo-Haa dan You-You' oleh ketua menteri itu dalam majlis keramaian menjadi ikutan pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak.

Malah ungkapan itu telah menjadi sinomin dengan Adenan.

"'Ooo-Haa' adalah ungkapan kaum Iban untuk berhimpun...bagi saya ia bermakna 'Saya Sayang Sarawak'," katanya semasa melancarkan projek tebingan Sungai Sematan dan pemuliharaan muara Sungai Sematan di Sematan, kira-kira 100 kilometer dari sini pada Sabtu.

Ungkapan itu mendapat tempat di hati penduduk tempatan yang sering menyambut kata seruan Adenan itu dengan laungan balas serentak 'Ooo-Haa'.

Selain ungkapan 'Ooo-Haa', 'You-You' juga popular di bibir pemimpin berusia 72 tahun itu pada majlis yang dihadirinya terutama di kawasan luar bandar.

Adenan berkata ungkapan 'You-You' itu membawa maksud seruan sesama sahabat atau lebih tepat membawa maksud 'tahu sama tahu'.  -Bernama

Tan Sri Adenan Satem

Artikel Berikut

Artikel Lain