KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah bermagnitud 2.6 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada 11.39 malam Sabtu. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia pada Ahad, pusat gempa berada pada koordinat 6.0 darjah utara dan 116.6 darjah timur, iaitu 11 kilometer barat dari Ranau. Gegaran turut dirasai di Ranau. - BERNAMA