suria

APO2016: Janna Nicker Sanggup Sengkang Mata

Penyokong Janna Nick hadir bagi memberi sokongan kepada artis tersebut.

DEMI pelakon Janna Nick, beberapa penyokongnya menerusi kelab peminat Janna Nicker sanggup bersengkang mata menyiapkan kemeja-t yang direka khas untuk malam kemuncak Anugerah Pilihan Online 2016 (APO2016).

Pihak pengurusan kelab tersebut, Nur Fazeera Zainal Abidin berkata, mereka tidur pada pukul 5 pagi semata-mata untuk menyiapkan kemeja-t berwarna hitam itu.

"Ini bukan baju rasmi kelab tetapi cukup istimewa kerana direka khas untuk APO2016. Segalanya dilakukan pada saat akhir.

"Proses menghasilkannya bermula pada sebelah malam (Jumaat) dan  segalanya siap pada pukul 5 pagi tadi (Sabtu). Semuanya dilakukan kerana semangat dan demi sokongan kepada Janna," katanya ketika ditemui mStar Online di majlis APO2016 di Auditorium Perdana, Angkasapuri di sini, malam Sabtu.

Kemeja-T hitam yang digayakan tiga penyokong Janna Nick hanya disiapkan seawal 5 pagi Sabtu lalu.

Menariknya, Nur Fazeera berkata, reka bentuk kemeja-t itu dihasilkan menerusi gabungan idea dua ahli kelab tersebut iaitu Ayuni Shahirah Mohd Romzi dan Maisya Faharudin.

"Ia dihasilkan untuk mencetuskan kelainan, maka lahirlah idea tersebut.

"Hitam dipilih kerana ia salah satu warna kegemaran Janna. Lagipun hitam juga sesuai dengan tema majlis iaitu Glam Digital," katanya.

Meskipun Janna gagal memenangi dua kategori yang dipertandingkan, Nur Fazeera berkata, mereka menerima keputusan dengan hati terbuka dan menganggap kalah menang adat dalam pertandingan.

"Kami akur dengan keputusan tersebut dan akan sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Janna," katanya.

Janna yang popular dengan drama Suami Tanpa Cinta ketika ini tercalon sebagai finalis bagi kategori Aktres Terbaik Pilihan Online dan Wanita Anggun Pilihan Dnars.

Antara barisan pemenang trofi APO2016 bersama penaja utama Dnars iaitu Faziani Rohban (tengah) selepas sidang media, Sabtu.

Jelas Nur Fazeera, mereka akan sentiasa berada di belakang artis kelahiran Sungai Petani, Kedah itu kerana dia amat disenangi ramai dengan sikapnya yang baik hati dan peramah.

"Bila jumpa lepas shooting pasti dia akan belanja kami makan. Kami ibarat sebuah keluarga. Itu kenyataan. Kami tak pernah jumpa lagi artis sepertinya," kata graduan Kolej Antarabangsa Winfield itu.

Janna Nicker, Janna Nick, APO2016

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

"Wow"...Mi Udang Gumpey

Artikel Lain