suria

Kanak-Kanak Hanyut Dibawa Arus Deras Di Segambut Dalam

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berumur 11 tahun dikhuatiri lemas apabila dihanyutkan air deras selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang besar berhampiran Masjid Al-Ubudiah, Segambut Dalam, di sini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa, Saufullah Hamin Al Hilal Hamim, dikatakan terjatuh ke dalam longkang itu ketika hujan lebat, kira-kira pukul 4 petang Isnin.

"Setakat ini operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan sehingga menyusuri sepanjang satu kilometer dengan menyusur longkang besar di Taman Sri Sinar dan berhampiran Tan Chong Motor di Segambut Dalam," katanya kepada Bernama.

Operasi mencari yang disertai anggota bomba dari Jinjang, Bukit Bintang dan Sentul itu akan disambung pada Selasa sekiranya mangsa gagal ditemui sehingga tengah malam. - Bernama

Artikel Lain